Thursday, December 8, 2016

Bengkel Pemantapan Penggunaan Media Sosial Dalam Promosi Kesihatan Pergigian


Media sosial adalah salah satu saluran untuk kita menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang kesihatan pergigian. Sehubungan itu, bengkel pemantapan penggunaan media sosia telah diadakan selama 3 hari (7-9 December 2016) bertempat di The Regency Hotel Kuala Lumpur.

Bengkel ini telah melibatkan 14 negeri dan 1 wilayah persekutuan yang mana banyak info dan tips dapat dikongsikan bersama.

Dengan adanya bengkel ini,banyak memberikan idea baru dalam memantapkan penggunaan media sosial antaranya facebook, blog,youtube dan instagram. Diharap selepas bengkel ini,kita dapat menggunakan medium media sosial dengan lebih optimum dalam menyampaikan mesej pergigian.

#123senyum