Monday, October 28, 2013

Bengkel Penulisan Skrip Klip Video

Selamat pagi salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Penulisan Skrip Klip Video yang diadakan pada 25-27 oktober 2013 bertempat di Coral Fishing Hotel and Resort, Marina Island, Lumut Perak. Bengkel ini  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota untuk menghasilkan video klip yang berkualiti dalam menyampaikan maklumat kesihatan pergigian.

Diharapkan anggota yang terlibat dapat berfikiran kreatif dalam menghasilkan video klip seterusnya boleh mengahsilkan video klip yang berkualiti. Insha Allah..

Perjalanan kursus




Tuesday, October 22, 2013

Majlis Tilawah Al-Quran

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-24 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 28-30 september 2013 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor dengan bertemakan " Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah". Bahagia Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah dilantik sebagai Jawatankuasa Sambutan dan Protokol semasa majlis tersebut.


                                                       Konsep Rekabentuk Astaka


Uniknya astaka ini kerana setiap rekabentuknya melambangkan atau membawa maksud tertentu. Panel utamanya berbentuk mihrab diinspirasikan daripada rekabentuk Moorish yang merupakan rekabentuk ketamadunan senibina islam yang dikagumi sehingga kini. 

gambaran dua tiang sisi memegang kubah menggambarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah yang diamalkan kepada Ummah Wasatiyah yang dituntut. Panel sisi kiri dan kanan menggambarkan keutuhan, keharmonian dan kemakmuran masyarakat yang diwujudkan.

pemilihan warna bagi astaka ini juga ada membawa maksud tertentu iaitu biru melambangkan perpaduan di kalangan masyarakat. Manakala putih melambangkan kemurniaan hati dan coklat pula melambangkan keutuhan/ ketamadunan zaman senibina Moorish.