Wednesday, December 4, 2013

Did you floss today?


What is the Right Way to Floss?
Proper flossing removes  plaque  and food particles in places where a toothbrush cannot easily reach (under the gumline and between your teeth). Because plaque build-up can lead to tooth decay and gum disease, daily flossing is highly recommended.


To receive maximum benefits from flossing, use the following proper technique:
  • Starting with about 18 inches of floss, wind most of the floss around each middle finger, leaving an inch or two of floss to work with
  • Holding the floss tautly between your thumbs and index fingers, slide it gently up-and-down between your teeth
  • Gently curve the floss around the base of each tooth, making sure you go beneath the gumline. Never snap or force the floss, as this may cut or bruise delicate gum tissue
  • Use clean sections of floss as you move from tooth to tooth
  • To remove the floss, use the same back-and-forth motion to bring the floss up and away from the teeth
What Type of Floss Should I Use?
There are two types of floss from which to choose:

  • Nylon (or multifilament) floss
  • PTFE (monofilament) floss
floss1floss2floss3
Use about 18" of floss, leaving an inch or two to work with.Gently follow the curves of your teeth.Be sure to clean beneath the gumline, but avoid snapping the floss on the gums.


Monday, October 28, 2013

Bengkel Penulisan Skrip Klip Video

Selamat pagi salam 1 Malaysia..

Alhamdulillah, selesai sudah Bengkel Penulisan Skrip Klip Video yang diadakan pada 25-27 oktober 2013 bertempat di Coral Fishing Hotel and Resort, Marina Island, Lumut Perak. Bengkel ini  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada anggota untuk menghasilkan video klip yang berkualiti dalam menyampaikan maklumat kesihatan pergigian.

Diharapkan anggota yang terlibat dapat berfikiran kreatif dalam menghasilkan video klip seterusnya boleh mengahsilkan video klip yang berkualiti. Insha Allah..

Perjalanan kursus




Tuesday, October 22, 2013

Majlis Tilawah Al-Quran

Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan kali ke-24 anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan pada 28-30 september 2013 bertempat di Auditorium MBSA Shah Alam, Selangor dengan bertemakan " Wasatiyah Tunggak Kesatuan Ummah". Bahagia Kesihatan Pergigian, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah dilantik sebagai Jawatankuasa Sambutan dan Protokol semasa majlis tersebut.


                                                       Konsep Rekabentuk Astaka


Uniknya astaka ini kerana setiap rekabentuknya melambangkan atau membawa maksud tertentu. Panel utamanya berbentuk mihrab diinspirasikan daripada rekabentuk Moorish yang merupakan rekabentuk ketamadunan senibina islam yang dikagumi sehingga kini. 

gambaran dua tiang sisi memegang kubah menggambarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah yang diamalkan kepada Ummah Wasatiyah yang dituntut. Panel sisi kiri dan kanan menggambarkan keutuhan, keharmonian dan kemakmuran masyarakat yang diwujudkan.

pemilihan warna bagi astaka ini juga ada membawa maksud tertentu iaitu biru melambangkan perpaduan di kalangan masyarakat. Manakala putih melambangkan kemurniaan hati dan coklat pula melambangkan keutuhan/ ketamadunan zaman senibina Moorish. 

Monday, June 10, 2013

Gigi Sihat Sepanjang Hayat.

Salam 1 Malaysia.

Anda masih ingat pada lagu burung kakak tua? Lagu ini sering kita nyanyikan semasa zaman kanak-kanak. Mari kita mengimbau kembali kenangan lagu yang mempunyai maksud tersirat ini.

Burung kakak tua....
Hinggap di jendela..
Nenek sudah tua..
Giginya tinggal dua...











   Lagu ini membawa maksud apabila seseorang itu telah tua atau istilahnya telah menjadi datuk dan nenek mereka hanya mempunyai 2 batang gigi sahaja.Tahukah anda, manusia mempunya 32 batang gigi kekal yang apabila dijaga dengan baik ianya akan kekal sihat sepanjang hayat. Kalau boleh kami hendak menyanyikan semula lagu ini dengan rangkap terakhirnya, GIGINYA MASIH 32.

Marilah kita bersama-sama menjaga gigi yang diamanahkan supaya ianya kekal sihat sepanjang hayat.

Wednesday, May 22, 2013

Fasa 1

Assalamualaikum dan selamat pagi.

 Alhamdulillah telah masuk hari ke-3 bengkel pembinaan media sosial wadah promosi kesihatan pergigian bagi facebook, blog & youtube. Kami  mendapat bnyk manfaat dari bengkel yang dijalankan dan kami rasa objektif bagi bengkel ini tercapai dengan cemerlang. Dengan adanya facebook dan blog ini diharapkan dapat membantu dalam mempromosikan kesihatan pergigian di negeri selangor ini.

Tuesday, May 21, 2013

KLINIK-KLINIK PERGIGIAN DI NEGERI SELANGOR


Senarai Klinik Pergigian


Fasiliti Pergigian memberi perkhidmatan dalam pelbagai aspek seperti promosi, pencegahan, rawatan dan pemulihan pergigian yang mensasarkan golongan seperti berikut :-
TODDLER


WARGA EMAS
KANAK-KANAK ISTIMEWA


PRA SEKOLAH
DEWASA
    
MURID SEKOLAH RENDAH
MURID SEKOLAH MENENGAH 

Sejarah Selangor


Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. 

9 Daerah Di Negeri Selangor