Konsep Rekabentuk Astaka

Uniknya astaka ini kerana setiap rekabentuknya melambangkan atau membawa maksud tertentu. Panel utamanya berbentuk mihrab diinspirasikan daripada rekabentuk Moorish yang merupakan rekabentuk ketamadunan senibina islam yang dikagumi sehingga kini.
gambaran dua tiang sisi memegang kubah menggambarkan ajaran Al-Quran dan Sunnah yang diamalkan kepada Ummah Wasatiyah yang dituntut. Panel sisi kiri dan kanan menggambarkan keutuhan, keharmonian dan kemakmuran masyarakat yang diwujudkan.
pemilihan warna bagi astaka ini juga ada membawa maksud tertentu iaitu biru melambangkan perpaduan di kalangan masyarakat. Manakala putih melambangkan kemurniaan hati dan coklat pula melambangkan keutuhan/ ketamadunan zaman senibina Moorish.
No comments:
Post a Comment